BEHIND BLUE LINE

Blogger Gang!!!

Ulasan berkenaan HTML 5


Pengetahuan semakin luas kerana datangnya buah pemikiran (Idea) yang sentiasa diperbaharui, daripada asas ia mua dikembangkan lagi untuk memberikan pengalaman yang lebih menarik, baru-baru ini saya cuba mendapatkan maklumat perkembangan berkenaan HTML5 secara rawak melalui sumber dari carian google berkenaan perkembangan HTML 5,jadi apa yang saya perhatikan disini,saya menemukan ulaskan yang menarik berkanaan HTML5.



Nota: Pengenalan HTML 5

HTML 5 merupakan bahasa utk struktur dan persembahan kandungan Laman Sesawan, dan ia merupakan  teknologi teras yang diilhamkan dari pembangun perisian Opera.Ia juga merupakan semakan ke 5 piawai HTML (asalnya pembinaan bermula pada 1990 dan diselaraskan dengan HTML4 pada 1997) dan pada saat artikal ini masih ditulis ia masih dalam pembinaan,Teras pembinaannya adalah bertujuan untuk meningkatkan bahasa yang mendukung pelbagai media terbaru disamping mengekalkan kemudahan pembacaan bagi manusia dan boleh juga dapat difahami oleh komputer dan peralatan (Seperti Pelayar Sesawang [Web Browser],Perser dan pelbagai lagi).HTML5 bukan sahaja boleh melaraskan HTML 4 kepadanya, tetapi XHTML 1 dan DOM2HTML (khususnya JavaScript)dengan sebaiknya.

Merujuk dari kesinambunga teknologi HTML 4.01 dan XHTML 1,1, HTML5 merupakan respons kepada pemerhatian  HTML dan XHTML yang biasa digunakan pada World Wide Web adalah campuran ciri-ciri yang diperkenalkan dengan pelbagai spesifikasi,revisi setiap pembinaan sebelumnya telah diperkenalkan bersama-sama dengan orang-orang yang memperkenalkannya melalyu produk-produk perisian seperti pelayar sesawang, hal ini merupakan satu amalan yang biasa bagi membuat ulasan setiap kemunculan teknologi baru, dan banyak kesilapan symtax juga ditemui dalam dokumen web yang sedia ada. Ia juga cuba untuk mentakrifkan bahasa "markup" tunggal yang boleh ditulis sama ada dalam HTML atau syntax XHTML . Ia termasuk model pemprosesan yang lebih terperinci untuk menggalakkan pelaksanaan yang lebih banyak kebarangkalian utk mempelbagaikan operasi.Dimana walaupun HTML5 berkeupayaan mewujudkan pengalaman pengguna kepada faktor yang mengkagumkan tetapi ia masih boleh untuk mendukungi peranti mudah alih dengan mengekalkan paras pengunaan pemprosesan yang boleh dikatakan normal.

Dan yang menariknya, HTML 5 telah menambah keupayaan sintaks yang banyak. Penambahan itu meliputi elemen video,audio,header dan kanvas, dan ia telah mengintegrasikan kandungan SVG untuk menggantikan penggunaan generic objek. Kemudahan ini direkabentuk untuk memudahkan penambahan dan mendukung pelbagai media dan kandungan grafik didalan sesawang tanpa memerlukan proprietary plugin dan APIs. Elemen yang lain, seperti <section>,<artical>,<header> dan <nav>, direkabentuk untuk memperkayakan kandungan semantik dokumen.  Ciri-ciri yang baru telah diperkenalkan untuk tujuan yang sama, manakala beberapa elemen dan ciri-ciri yang beru telah dikeluarkan. Beberapa elemen, seperti <a>, <cite> dan <menu> telah ditukar dan ditakrifkan semula atau diseragamkan. API dan dokumen objek Model (DOM) tidak lagi membataskannya, tetapi bahagian asas spesifikasi HTML5 juga mentakrifkan secara terperinci pemprosesan yang diperlukan untuk dokumen yang tidak sah supaya ralat sintaks akan dirawat secara seragam oleh semua pelayar agar mematuhi dan ejen pengguna yang lain.

P/s:ulasan ini memerlukan sedikit bimbingan dari pengalaman anda untuk memahaminya, ini kerana istilah yang digunakan merujuk pada kaedah proses perlaksanaan dan pemahaman dunia pengaturcaraan, maka jika anda inginkan kesinambungan yang lebih tepat untuk anda hendak memahami berkenaan post ini sila kemukakan cadangan dan komen anda untuk saya memberikan penjelasan yang lebih mesra lagi, sekian

Doa Selepas Solat

Maksudnya:


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.


Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.


Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.


Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.


Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.


Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.


note: Semoga ALLAH memberkati ilmu yang dipanjangkan. Dan jutaan terima kasih kepada mereka-mereka yang telah mengusahakan(menyalin kedalam bentuk digital) wirid dan doa ini. Sedang aku ini hanyalah salah seorang pemanjangnya sahaja.